エピソード

  • Episod 30 Surah An Nas Ayat 4-6
    2025/03/31

    📖 Episod 30 – Surah An-Nas : Perlindungan Terakhir

    Hari ini kita menutup tirai dengan Surah An-Nas. Ayat-ayat perlindungan yang menjadi perisai hidup kita daripada bisikan jahat, luar dan dalam. Nafsu, syaitan, manusia dan semuanya boleh menyesatkan bila kita alpa.

    Terima kasih saya ucapkan kepada para asatizah, kru penerbitan, dan anda semua yang setia menonton. Semoga ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk lebih cinta dan faham akan kalam Allah. 🌙✨

    #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    7 分
  • Episod 29 Surah An Nas Ayat 1-3
    2025/03/30

    📖 Surah An-Nas, Ayat 1-3

    Saat kita semakin hampir ke penghujung Ramadan, kita diajak untuk kembali mengenali siapa pelindung sejati kita.

    Tiga ayat pertama surah ini menyusun dengan indah: Allah sebagai Pencipta, Pemilik, dan Tuhan yang satu untuk disembah.

    Perlindungan sejati hanya datang daripada-Nya. Saksikan perbincangan hari ini bersama Ustaz Faiz Fateh Al Azhari.

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    5 分
  • Episod 28 Surah An Nas
    2025/03/29

    📖 Surah An-Nas – Permintaan Perlindungan di Penghujung Ramadan

    Semakin hampir ke hujung Ramadan, kita diajar untuk memohon perlindungan daripada bisikan halus yang boleh merosakkan akidah dan iman. Surah An-Nas bukan sekadar penutup dalam susunan al-Quran, ia juga mengingatkan kita betapa perlunya perlindungan Ilahi dalam mempertahankan hidayah yang telah kita mohon sejak ayat pertama Surah al-Fatihah.

    Saksikan perbincangan bermakna bersama Ustaz Faiz Fateh Al Azhari dalam episod ke-28, 30 Hari 30 Ayat.

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    7 分
  • Episod 27 Surah Al Waqiah Ayat 68-74
    2025/03/28

    📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 68–74

    Air yang kita minum, api yang kita nyalakan, tanaman yang tumbuh, dan zuriat yang lahir — semua ini adalah nikmat yang Allah ciptakan dengan kasih sayang-Nya.

    Episod ke-27 ini membawa kita merenungi bagaimana keagungan ciptaan Allah menjadi hujah kukuh akan kewujudan dan kepastian Hari Akhirat. Segalanya bukan sekadar peringatan, tapi tanda cinta Allah buat hamba-Nya.

    Ikuti perbincangan penuh bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam 30 Hari 30 Ayat hanya di platform rasmi!

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    8 分
  • Episod 26 Surah Al Waqiah Ayat 63–67
    2025/03/27

    📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 63–67

    Pernahkah kita merenung, siapa sebenarnya yang menumbuhkan tanaman di bumi ini? Benihnya kita tanam, tetapi hanya Allah SWT yang mampu menumbuhkannya. Itulah antara mesej besar dalam ayat yang kita hayati hari ini.

    Ayat ini membawa kita menyedari bahawa setiap rezeki, setiap hasil — semuanya dari Allah, bukan semata-mata dari kudrat manusia. Ia juga menjadi peringatan bahawa usaha kita mesti diiringi dengan keimanan dan syukur yang mendalam.

    Saksikan kupasan menarik bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam episod ke-26, hanya di 30 Hari 30 Ayat.

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    7 分
  • Episod 25 Surah Al Waqiah Ayat 57-62
    2025/03/26

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 57-62

    Al-Quran menjemput kita berfikir, apakah manusia dicipta tanpa tujuan? Dalam episod ini, kita melihat bagaimana ayat-ayat ini mengajak kita merenung penciptaan manusia, proses kematian, dan kehidupan akhirat sebagai satu rantaian yang saling berkait.

    Sertai tadabbur hari ini untuk mendalami hakikat penciptaan, kematian dan kebangkitan semula.

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    7 分
  • Episod 24 Surah Al Waqiah Ayat 47-56
    2025/03/25

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 47–56

    Episod ini membawa kita menyelami satu peringatan keras daripada Allah SWT kepada golongan yang enggan mempercayai hari kebangkitan. Mereka mempersoalkan kehidupan selepas mati, malah mencemuh kewujudan hari pembalasan.

    Apa akibatnya? Mereka akan diberi makanan dari pohon zaqqum yang pahit, diikuti air panas yang menggelegak, satu seksaan yang kekal dan menyakitkan. Ini bukan sekadar cerita, tetapi peringatan tentang keimanan dan persediaan rohani yang perlu kita lakukan.

    Saksikan perbincangan eksklusif bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam 30 Hari 30 Ayat hari ini, untuk memahami betapa pentingnya keyakinan terhadap hari akhirat.

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    8 分
  • Episode 23 Surah Al Waqiah Ayat 41-46
    2025/03/24

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 41-46

    Dalam episod ke-23 ini, kita menyelami kisah ashabul syimal, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kiri. Ayat ini menggambarkan azab yang pedih di akhirat akibat kealpaan terhadap dunia dan keengganan bertaubat daripada dosa besar.

    Ketika dunia menjadi keutamaan dan maksiat dibanggakan, di situlah permulaan kepada kelalaian yang mengundang murka Allah. Ayuh, semarakkan Ramadan ini dengan taubat yang ikhlas dan keinginan untuk menjauhi kesilapan masa lalu. Saksikan perbincangan penuh bermakna bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi dalam episod kali ini.

    #30Hari30Ayat

    #Ramadan2025

    #KitaSelangor

    続きを読む 一部表示
    7 分